Sunday, January 24, 2016

" ADORABLE WEDGES "

"Give A Girl  The Right Pair Of Shoes And She Can Conquer The World-Marylin Monroe"


Assalamualaikum dan selamat petang Mona ucapkan kepada semua #padiekalista semua !!

Korang .. pada petang Isnin yang indah ni, Mona nak kongsikan satu rahsia kepada korang .. Rahsia ni korang dialu-alukan sangat sebarkan kepada kawan-kawan yang lain taw! Sebelum tu, mona nak tanya korang, korang kalau keluar dating atau pergi ke pejabat lebih selesa kasut bertumit atau wedges ??? Atau kasut sarung sahaja??

Well girls .. sekarang fesyen kasut pun sangat dipandang berat oleh semua gadis di seluruh negara tidak kira peringkat umur taw. Mona tengok sekarang makcik-makcik pon dah berani pakai kasut yang tinggi-tinggi pergi kenduri taw. Kalah anak dara u all. Hahaha. 

Haaaa... Sebenarnya Mona nak cerita tentang fesyen wedges. Mona yakin 100% yang semua gadis di Malaysia sekarang tawu pasal wedges kan. Begitu juga Mona.

 Tetapi .............................. Sejujurnya, Mona tidak berapa yakin dan kagum sangat mengenai wedges pada mulanya. Nak tawu kenapa?? Mona rasa macam pelik je pakai kasut tebal-tebal ni. Rasa  macam ada benda berat je bawah kaki ni, hahaha. Then, jalan pun macam terhenjut-henjut sikit. Senang cerita, Mona tak yakin sangat lah bila pakai wedges ni.

Well.... Itu pada mulanya je taw !!.. Lepas Mona tengok ramai gadis kat luar sana berjalan dengan memakai kasut wedges ni.... Fuyoooooo.. Mona rasa cantik sangat lah. Like a princess la u all. Mona pun apa lagi, balik rumah terus sarungkan wedges dan belajar berjalan dengan penuh keyakinan.

Alahaiiiii.. practice make perfect right ??.. Sonang je haa nak jalan pakai wedges ni sebenarnya. Tapak kasut lagi stabil okay walaupun tinggi. Yang penting .. wedges tak ada tumit.
Yeaayyy !!!! .. jalan pon tak sakit kaki taw. Kesihatan pun terjamin. Sebab apa .. Tapak kaki la yang menampung badan kita kan ... So girls...... Please jangan sakitkan tapak kaki korang k.

Dan akhirnya.. Fesyen wedges menjadi pilihan  terbaik buat Mona. Bukan pilihan Mona saja okay.. Pilihan gadis di luar sana jugak. Okay.. Di bawah Mona kongsikan contoh wedges yang sangat hot di luar negara okay.

Photo credit to http://fashionismyonlydrug.blogspot.my/2012/01/adorable-wedges.html


Photo credit to http://fashionismyonlydrug.blogspot.my/2012/01/adorable-wedges.html


Oppsss .. Tak kan la nak beli wedges kena pergi sampai ke luar negara kan.. Tak perlu la sayang-sayang sekalian. Haaa.. di Padieka Raccolta .. ada lima pilihan wedges yang akan mencairkan hati dan mata korang .. Ouchhh.. Perkenalkan Hera, Bloom, Phoenix, Amor dan Havoc. Nama pon dah gempak dan vouge kan ... 


Woww.. berpinar mata nak pilih design yang mana satu kan .....
Haaa.. tunggu apa lagi u all .. mai-mai la singgah butik kami naa... Sentiasa menunggu kehadiran korang dengan hati terbuka serta senyuman yang tak putus-putus !! hehehe.
Datang sepantas kilat taw sebab wedges hebat-hebat  ni tersangat lah laris macam pisang goreng panas..  haaa gituuu ...

Kepada @padiekalista suma.. Korang boleh usha-usha facebok dan instagram kami okay !! Ada banyak lagi gambar yang akan menggegarkan jantung anda. Dup dap dup dap ... hahaha.

Alamakk.. Ada ramai customer pulak kat luar tu ... Mona pergi layan diorang dulu k. Korang jangan lupa singgah taw.. Mona tungggguuuuuuu ...................... :) 

Bye. Salam. 




No comments: