Thursday, September 07, 2017

Ibu Mengandung "Nyanyuk"



Betul ka? Ibu mengandung boleh jadi nyanyuk / pelupa? 


YA! Betul! Sindrom ini selalu terjadi pada wanita yang sedang hamil dan/atau selepas bersalin. Sebenarnya sindrom ini digelar “MOMNESIA”. Tahap kritikalnya berbeza untuk setiap orang.


Bagaimana “MOMNESIA” boleh terjadi?


Faktor utama yang dikaji mendapati sindrom ini terjadi akibat perubahan hormon di dalam tubuh yang kemudian mempengaruhi kerja sel saraf di otak. Tetapi jangan risau, apabila hormon kembali normal, kondisi ini akan hilang dan kemampuan ibu akan kembali seperti semula. Antara faktor lain yang menyumbang kepada momnesia ialah:

1. Tidur dan rehat yang tidak mencukupi
2. Kekurangan vitamin dan nutrien penting seperti asid lemak omega-3
3. Stress dan kesibukan harian
4. Mengutamakan perhatian terhadap anak


Bagaimana cara mengatasinya ?


1. Cuba mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
2. Bekerjasama dan berbincang dengan suami untuk membantu dan memahami situasi anda.
3. Agih-agihkan tugas. Jangan memaksa diri melakukan semua tugas.
4. Makan makanan yang berkhasiat.
5. Minum air dengan cukup.
6. Pengambilan supplement juga membantu ibu dan bayi mendapat nutrient yang mencukupi. Supplement seperti minyak ikan sangat membantu.
7. Exercise
8. Rajinkan diri menulis nota dan baca berulang kali supaya tidak mudah lupa.

Ibu-ibu jangan risau jika asyik lupa banyak perkara selepas bersalin. Ia adalah NORMAL dan tidak perlu dirisaukan sangat. Cuma, ibu-ibu perlu berusaha mengatasinya agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas harian di pejabat/ rumah atau ia tidak menyebabkan kelalaian yang boleh mengancam keselamatan kita dan orang lain.


Page credit: 


IBU TERLUPA BAWA BOTOL SUSU?


TERPAKSA MENYUSUKAN ANAK DI PUBLIC?



Hanya perlukan baju ini anda boleh selesaikan semua masalah di atas.