Thursday, April 13, 2017

JANGAN AMBIL MUDAH 5 PERKARA INI KETIKA BREASTFEED



Menyusukan anak @ breastfeed sangat besar manfaatnya pada ibu dan bayi. Namun, para ibu jangan sesekali ambil mudah 5 perkara ini, anak anda yang akan menerima kesannya.

   1) MALAS study mengenai breastfeeding.


Jangan sekali-sekali ambil mudah & anggap susu secara semulajadinya akan ada lepas bersalin. Kebanyakan ibu diluar sana bila lahirkan anak mesti berfikiran seperti ni ;

“Susu memang semulajadi ada banyak”
“Bila jadi ibu, pandai sendiri lah nak bg anak menyusu"

1st time dapat baby, apa yang ibu-ibu selalu bayangkan yang seronok-seronok je, baby wangi-wangi je, baby senyum-ketawa mengekek bila kena agah. Bila dah hadap, ha baru terasa stress lepas bersalin ke apa.

Jadi, perancangan awal ibu-ibu, adalah study, study, study. Jangan MALAS!!! Ini kebaikan untuk anda dan baby. Zaman sekarang ni, pelbagai access kita boleh dapat untuk belajar. Galilah segala mak nenek pasal breasfeeding ni. Forum, blog, flyers, magazine, surat khabar semua yang ada cerita pasal menyusu. Kalau ad yang nak beguru, boleh ja join fb pages group, atau ahli keluarga yang dah berpengalaman. Kan mudah..!!


2) TIADA sokongan dari family.


Semua benda dalam hidup ni, bila kita dapat sokongan mesti kita akan lebih bersemangatkan. Sama la jugak untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Mereka TERSANGAT memerlukan sokongan, terutamanya dari family, dan orang yang paling dekat tak lain tak bukan si suami la. Masa ini la suami kena beri perhatian kepada isteri 200%.

Sokongan perlu bermula dari awal kehamilan. Ikuti si isteri ke kelas bersalin and breastfeeding. Kalau taknak ikut pon, si isteri sila briefing to hubby anda ya. Kalau xnak dengar piat ja tinga hubby...heeee


Kenapa penting?


Tersangat penting okay!!! Selain dari menjadi moral supporter, si suami juga patut bertindak sebagai Personnal Assistant (PA) si ibu semasa breastfeeding. Mereka akan lebih alert mengenai nutrisi yang perlu untuk si Ibu sepanjang tempoh breastfeeding. Selain itu, si suami perlu bertolak ansur tentang kerja rumah, sama2 membantu. Almaklumlah, proses menyusukan baby bukan mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja di luar. Jadi dengan adanya bantuan si suami, si isteri akan terasa lebih dihargai.


3) DIET untuk cepat kurus


Ini NORMAL!! Lepas saja bersalin, ramai wanita-wanita dah fikirkan cara-cara nak langsingkan badan. Takut suami lari katanya heee.. Tapi ada yang ambil langkah diet secara berlapar. Ini SALAH!! Nutrisi dalam susu ibu datang dari pemakan ibu. Jadi bagaimana susu hendak terhasil jika si Ibu tidak makan?!

Selain itu, ada juga ibu-ibu berdiet dengan mengambil supplement. Tidak salah mengambil supplement, tetapi janganlah menggantikan diet pemakanan harian dengan mengambil suplement semata-mata. Pastinya akan mengurangkan zat asli dalam badan si Ibu dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susu ibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar.

Sebenarnya, cara berdiet paling berkesan adalah dengan breastfeed baby kita. Faktanya, ibu yang menyusu membakar purata 500 kalori sehari.


4) KOPI untuk tenaga.


Ibu-ibu penggemar kopi tak kiralah kononnya rendah kafien atau tidak. Ketahuilah bahawa inilah punca anda cepat letih dan senang sakit. Kerana vitamin B dan C yang sedia ada dalam tubuh musnah akibat kafien tadi.

Sesetengah pihak mengatakan kopi sangat bagus untuk tenaga, tetapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh mengganggu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.

Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan menggalakan mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.

Jadi, Ibu-ibu yang addicted to coffee tu mungkin dah boleh kurangkan minum. Jangan bersedih, ini untuk kebaikan baby anda juga.


5)   MELECET bahagian puting perkara biasa

Ramai yang fikir melecet atau rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah salah satu experience buat ibu-ibu yang menyusu. Sebenarnya tanggapan ini SALAH sama sekali. Sebenarnya, rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama adalah normal, tetapi jika sakit yang teruk atau berpanjangan itu sebenarnya tidak normal.

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Masalah ini kalau berterusan dikhuatiri anak anda akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori yang diperolehi pada akhir penyusuan. Sebab itu la, kami amat tekankan studyyyy!!! Cara nak bagi bayi minum 'shushu' pon ada cara tau. Nak tau caranya? Baca di sini