Thursday, April 13, 2017

5 PADAH AMBIL MUDAH KETIKA BREASTFEED



Menyusukan anak @ breastfeed sangat besar manfaatnya pada ibu dan bayi. Namun, para ibu jangan sesekali ambil mudah 5 perkara ini, anak anda yang akan menerima kesannya.

1) MALAS study mengenai breastfeeding.


Jangan sekali-sekali ambil mudah & anggap susu secara semulajadinya akan ada lepas bersalin. Kebanyakan ibu diluar sana bila lahirkan anak mesti berfikiran seperti ni ;

“Susu memang semulajadi ada banyak”
“Bila jadi ibu, pandai sendiri lah nak bg anak menyusu"

1st time dapat baby, apa yang ibu-ibu selalu bayangkan yang seronok-seronok je, baby wangi-wangi je, baby senyum-ketawa mengekek bila kena agah. Bila dah hadap, ha baru terasa stress lepas bersalin ke apa.

Jadi, perancangan awal ibu-ibu, adalah study, study, study. Jangan MALAS!!! Ini kebaikan untuk anda dan baby. Zaman sekarang ni, pelbagai access kita boleh dapat untuk belajar. Galilah segala mak nenek pasal breasfeeding ni. Forum, blog, flyers, magazine, surat khabar semua yang ada cerita pasal menyusu. Kalau ad yang nak beguru, boleh ja join fb pages group, atau ahli keluarga yang dah berpengalaman. Kan mudah..!!


2) TIADA sokongan dari family.


Semua benda dalam hidup ni, bila kita dapat sokongan mesti kita akan lebih bersemangatkan. Sama la jugak untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Mereka TERSANGAT memerlukan sokongan, terutamanya dari family, dan orang yang paling dekat tak lain tak bukan si suami la. Masa ini la suami kena beri perhatian kepada isteri 200%.

Sokongan perlu bermula dari awal kehamilan. Ikuti si isteri ke kelas bersalin and breastfeeding. Kalau taknak ikut pon, si isteri sila briefing to hubby anda ya. Kalau xnak dengar piat ja tinga hubby...heeee


Kenapa penting?


Tersangat penting okay!!! Selain dari menjadi moral supporter, si suami juga patut bertindak sebagai Personnal Assistant (PA) si ibu semasa breastfeeding. Mereka akan lebih alert mengenai nutrisi yang perlu untuk si Ibu sepanjang tempoh breastfeeding. Selain itu, si suami perlu bertolak ansur tentang kerja rumah, sama2 membantu. Almaklumlah, proses menyusukan baby bukan mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja di luar. Jadi dengan adanya bantuan si suami, si isteri akan terasa lebih dihargai.


3) DIET untuk cepat kurus


Ini NORMAL!! Lepas saja bersalin, ramai wanita-wanita dah fikirkan cara-cara nak langsingkan badan. Takut suami lari katanya heee.. Tapi ada yang ambil langkah diet secara berlapar. Ini SALAH!! Nutrisi dalam susu ibu datang dari pemakan ibu. Jadi bagaimana susu hendak terhasil jika si Ibu tidak makan?!

Selain itu, ada juga ibu-ibu berdiet dengan mengambil supplement. Tidak salah mengambil supplement, tetapi janganlah menggantikan diet pemakanan harian dengan mengambil suplement semata-mata. Pastinya akan mengurangkan zat asli dalam badan si Ibu dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susu ibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar.

Sebenarnya, cara berdiet paling berkesan adalah dengan breastfeed baby kita. Faktanya, ibu yang menyusu membakar purata 500 kalori sehari.


4) KOPI untuk tenaga.


Ibu-ibu penggemar kopi tak kiralah kononnya rendah kafien atau tidak. Ketahuilah bahawa inilah punca anda cepat letih dan senang sakit. Kerana vitamin B dan C yang sedia ada dalam tubuh musnah akibat kafien tadi.

Sesetengah pihak mengatakan kopi sangat bagus untuk tenaga, tetapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh mengganggu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.

Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan menggalakan mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.

Jadi, Ibu-ibu yang addicted to coffee tu mungkin dah boleh kurangkan minum. Jangan bersedih, ini untuk kebaikan baby anda juga.


5)   MELECET bahagian puting perkara biasa

Ramai yang fikir melecet atau rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah salah satu experience buat ibu-ibu yang menyusu. Sebenarnya tanggapan ini SALAH sama sekali. Sebenarnya, rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama adalah normal, tetapi jika sakit yang teruk atau berpanjangan itu sebenarnya tidak normal.

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Masalah ini kalau berterusan dikhuatiri anak anda akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori yang diperolehi pada akhir penyusuan. Sebab itu la, kami amat tekankan studyyyy!!! Cara nak bagi bayi minum 'shushu' pon ada cara tau.

Monday, March 20, 2017

13 TEMPAT WAJIB PERGI BILA DATANG TAIPING





1) ZOO TAIPING

Kalau anda datang ke Taiping, tak sah kalau tak datang ke Zoo Taiping & Night Safari. Ianya merupakan tarikan utama pelancong ke bandaraya ini. Tarikannya? Pastilah kepelbagaian spesis binatang, dikatakan mempunyai 1300 ekor binatang dari 180 spesis.

Photo credit therakyatpost


2) TAMAN TASIK TAIPING

Tempat tarikan PALING WAJIB untuk sesiapa yang ke Taiping. Taman Tasik Taiping dibina di atas lombong bijih timah terbiar pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-bukusejarah.

Seringkali dijadikan sebagai latar belakang untuk "wedding photoshoot", filem dan drama-drama tempatan disebabkan keunikan pokok-pokok besar angsana membarisi tasik ini, dan dahannya memanjang dari jalan ke tasik. Dahan-dahan itu membentuk seolah-olah pintu gerbang di sepanjang jalan Taman Tasik ini.





3) BUKIT LARUT @ MAXWELL HILL

Bukit Larut yang juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan salah satu destinasi menarik sama ada untuk bercuti, ber”honeymoon” atau untuk aktiviti "hiking". Ada dua pilihan untuk sampai ke puncak bukit larut, sama ada mendaki atau menaiki JEEP yang boleh di sewa di kaunter pendaftaran.

Di puncak bukit, anda akan dapat melihat pemandangan yang sangat indah, dan cuaca yang sejuk seperti di Cameron Highland.


Photo credit simstravel.blogspot.my



4) MUZIUM PERAK

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium pertama dibina di Malaysia. Pada awalnya, bangunan ini dibina sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara pada zaman pemerintahan British. Apa yang menariknya tentang muzium ini ialah dari segi senibina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan senibina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah.

Photo credit tourismmalaysia blog



5) OLD HOUSE MUSEUM TAIPING

Ramai yang tidak tahu, Taiping sebenarnya mempunyai banyak muzium selain Muzium Taiping, dan salah satunya Old House Museum. Muzium ini sebenarnya kediaman milik Mr. Lim Zi You seorang ahli perniagaan yang dibina sekitar tahun 1880. Pada masa kini, kediaman ini telah diubah suai oleh ahli keluarganya menjadi muzium barangan antik.

Anda pasti terpesona bukan sahaja dengan koleksi-koleksi yang terdapat di dalam muzium ini, malah dengan struktur bangunan lot kedai tradisional yang masih dikekalkan.


  Photo credit bukitbrown.com



6) KILANG PEMBUATAN ARANG, KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang @ Port Weld, terkenal dengan menu Mi Udang yang banyak dan besar. TAPI, ada satu lagi tempat menarik disini, iaitu Kilang Pembuatan Arang. Pembuatan kayu arang di sini sangat terkenal kerana masih mengekalkan cara tradisional dalam pembakaran kayu bakau untuk dijadikan arang. Konsep kilang ini terbuka, sesiapa sahaja dibenarkan masuk. Sekiranya anda datang pada awal pagi, anda akan dapat melihat proses kayu-kayu bakau dihanyutkan melalui sungai ke kawasan kilang. 

Sering juga dijadikan lokasi penggambaran bagi pasangan pengantin baru untuk abadikan gambar perkahwinan mereka disini kerana nilai estetikanya bila di photokan.

Photo credit ceresgrace.blogspot



7) TUGU PERINGATAN PERANG 

Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2 Taiping, terletak di kaki Bukit Larut dan berhampiran Taman Tasik Taiping. Tapak ini merupakan kubur para tentera British semasa Perang Dunia Ke-2. Tapak ini terbahagi kepada dua kawasan, iaitu kawasan parajurit yang beragama Kristian dan bukan beragama Kristian. Sering juga dijadikan sebagai lokasi penggambaran kerana kecantikan landskap disekitar tapak ini.




Photo credit DTAIPING 





8) SPRITZER ECO PARK

Taman ini dibina berhadapan dengan kilang Spritzer di Air Kuning, Taiping. Ecopark ini menggabungkan idea keseronokan dan pendidikan. Resmi dibuka pada pengunjung pada 8 Julai 2015.








9) TRONG LEISURE FARM AND RESORT

Trong Leisure Farm & Resort adalah resort bertemakan itik yang pertama di Malaysia. Terdapat sebuah resort, kolam ikan, ladang itik dan restoran di sana. Untuk kanak-kanak, terdapat sudut hiburan untuk mereka iaitu Mesin Duck Ride dan Mesin Mainan. Yang paling menarik adalah aktiviti “Duck Pedal Boat” dengan harga RM6 bagi setiap 15 minit dan beri makan itik dengan harga RM2/100g.

Photo credit itourism.com




10) AIR TERJUN BUKIT JANA

Kawasan air terjun yang cantik, sejuk, dan paling penting selamat. Sesuai untuk beriadah bersama ahli keluarga disini.





11) SENTOSA VILLA


Sentosa Villa, Taiping resort berkonsepkan semulajadi berdekatan dengan kaki Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Senibina bilik disini  mengekalkan konsep-konsep rumah kayu. 



Sangat sesuai untuk melepaskan stress dari kesibukan kota. Jika anda ingin menginap di sini, buat tempahan dulu! Di sini, sentiasa penuh dengan pengunjung. 

Photo credit sentosavilla



12) ATV ADVENTURE PARK LARUT

Untuk pengemar aktiviti lasak, anda boleh berkunjung ATV Adventure Park Larut. Terletak di antara Zoo Taiping dan Bukit Larut. Apa yang menariknya di sini, sepanjang laluan ATV anda dapat melihat  kecantikan flora dan fauna hutan asli Taiping.




13) PADIEKA RACCOLTA, ISTANA LARUT BUSINESS PARK, TAIPING

Untuk yang kaki shopping, anda boleh la datang ke sini, Butik PADIEKA RACCOLTA. Butik muslimah lebih 4 tahun bertapak di Taiping. Menawarkan pilihan fashion terkini seperti baju kurung, blouse, seluar, skirt dan paling terbaru!! Koleksi nursing. Sesuai untuk para ibu yang menyusukan anak. Kalau anda tak dapat datang kesini, anda juga boleh membeli secara online.


Apa yang menarik di butik ini? Decoration butik berkonsepkan minimalist, menaikkan lagi mood untuk membeli belah di sini. Anda tidak perlu risau sekiranya datang kesini bersama ahli keluarga, kerana persekitaran butik yang selamat dan menenangkan. Lokasi butik strategik. Ianya berada di tengah-tengah antara bandar Taiping dan bandar Kamunting. Jika anda berminat nak datang ke sini, anda boleh mengunakan aplikasi waze dengan carian "Padieka Raccola" atau taip sahaja alamat yang diberikan di bawah ini;

PADIEKA RACCOLTA
NO 17, TINGKAT 1 & 2,
SUSUR ILBP 1,
ISTANA LARUT BUSINESS PARK,
34000 TAIPING, PERAK
Contact Phone: 05-8052102 / 017-5724585

www.padieka.com




Sunday, August 21, 2016

Sehati Sejiwa


Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


Masih tergiang-ngiang lagu Sehati Sejiwa nyanyian Alif Satar yang berkumandang di radio. Demikian, tema Hari Kemerdekaan yang ke-59 masih kekal 'Sehati Sejiwa'. Melihat dari sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan telah lama wujud dalam perjuangan untuk menuntut kemerdekaan. Hakikat ini telah menjadi identiti kepada negara Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Semoga persefahaman dan semangat cintakan negara dapat mengekalkan keseimbangan masyarakat yang harmonis.

Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-59 ini, jangan lupa untuk singgah ke Butik Padieka Raccolta. Tawaran harga lebih rendah dari harga asal berlanjutan sehingga ke Hari Raya Aidiladha. 

Harga sehati sejiwa menanti semua!



Monday, August 15, 2016

Seri Kebaya


"A Gift of Passion, A Shocking Truth, An Extraordinary Journey"
~Red Kebaya Film




When we asked what is the history of Kebaya, what do you know about Kebaya?

Kebaya is a female traditional blouse-dress combination that originates from Indonesia. When the process of assimilation involves taking on the dominant culture, Kebaya is also accepted in Malaysia, Singapore, Brunei and Southern Thai.

Based on some of Java philosophy,

A philosophy that contains the values of life. The existence of Kebaya in Indonesia not only as becoming one kind of clothing. Kebaya has meaning and function more than that. The simple shape can be regarded as a form of simplicity of Indonesian society. Value philosophy of Kebaya is compliance, smoothness, and the behavior of women who should be completely soft. Kebaya always synonymous paired with jarik or cloth bandages body. The body fabric bandages directly will make anyone women who wear it difficult to move quickly. That is why women always synonymous with a personal Java graceful.

Wear Kebaya will make women who wear it turned into a woman who is graceful and has a personality. Kebaya pieces that follow the shape of the body will inevitably make the woman should be able to adjust and maintain themselves. A waistband that serves as a belt, the shape does not change as a long cloth that serves as a belt. But instead of the long form that the values instilled noble philosophy, a symbol to be patient / human be patient, closely related to Javanese proverb "Dowo ususe" or length of the intestines, which means patience. (Source from http://trendy-fashionstyle.blogspot.com/2015/06/history-about-kebaya-from-indonesian.html )




Here's a new look to get feminine, fabulous and sleek. Seri Kebaya is the latest product from Padieka Raccolta. The design is simple and quite elegant. Comes in five classic colors, White, Purple, Blue, Yellow and Peach. Every girl needs to have this Seri Kebaya as a symbol of beauty to every women who are wearing it.


Shop Now!


Thursday, June 09, 2016

Inspirasi Fesyen Ramadan dari Seberang

Kita perempuan yang kreatif, produktif dan mencintai keluarga tanpa batas
Dhatu Rembulan


Adaptasi gaya fesyen dari tanah seberang iaitu Indonesia menonjolkan sisi yang anggun dan sopan kepada si pemakai. Entry kali ini, Padieka mahu kongsikan dengan pembaca mengenai fesyen atau trend muslimah di Indonesia yang moden dan ringkas. Pemilihan warna yang polos serta minimalis sering menjadi pilihan mereka di tanah seberang. Ternyata gaya tersebut memberi nafas baru kepada fesyen muslimah masa kini yang tidak hanya terikat kepada jubah mahupun dress tetapi sederhana malah menutup aurat. 

Di sini, Padieka mengambil inspirasi beberapa stail atau gaya jalanan daripada penulis-penulis blog fesyen di Indonesia. Ia sesuai bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang segar dan membentuk kelainan dalam gaya seharian sepanjang bulan Ramadan ini. 


Dian Pelangi
Ria Miranda

Rani Hatta
Dwi Handayani Syah Putri
Dhatu Rembulan


Selamat berhujung minggu !

Wednesday, June 08, 2016

Kekal Cantik Berseri Sepanjang Ramadan



Ramadan Kareem
Selamat Datang Ramadan



Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan Ramadan pada tahun ini. Kedatangan bulan Ramadan yang dinanti-nanti sebagai titik tolak untuk kita mengambil peluang beribadah dan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. 

Di bulan yang mulia ini kita perlulah kekal cergas dan produktif. Malah untuk tampil cantik berseri sepanjang bulan Ramadan ada beberapa tips serta langkah yang boleh diikuti ;

1) Minum air secukupnya. Pengambilan air masak pada waktu sahur dan berbuka sangat penting bagi menggelakkan tubuh badan kekurangan air sepanjang berpuasa.

2) Jangan tinggalkan waktu sahur. Sekurang-kurangnya bersahur dengan kurma berserta air putih misalnya yang dapat mengekalkan tenaga pada tubuh badan.

3) Pengambilan makanan yang baik dan gizi yang seimbang. Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi. 

4) Pemakaian pelembab bibir dan muka supaya tidak nampak lesu dan tidak bermaya.

5) Pada bulan Ramadan, tidak bermakna kita tidak boleh berfesyen. Warna-warna pastel dan lembut sering menjadi pilihan gaya untuk terus tampil manis dan berseri. Di Padieka Raccolta, terdapat pelbagai pilihan busana jubah yang sesuai digayakan sepanjang Ramadan ini. Antaranya:


Malika Jubah

Fazra Jubah

Zahra Jubah

http://www.padieka.com/clothing/dresses


Raikan Ramadan bersama Padieka!


Tuesday, April 26, 2016

Smart Casual




Untuk bulan ini, Padieka Raccolta
akan melancarkan produk baru kami yang bertemakan 'Smart Casual'. 
Sesuai untuk digayakan pada hari-hari biasa atau ke pejabat.
Terdapat pelbagai pilihan dan variasi warna. 

"Elegant, Classy, Chic  - which ever suits  your mood on the day!"

Hale Cardigan
Tasma Cardigan
Topaz Blazer
Onyx Skinny Pants
Kismet Skinny Pants

www.padieka.com




Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Smart Casual'? Ia merupakan kombinasi antara 'Casual', 'Business Dress Code'. 'Casual' adalah perkara yang subjektif dan sangat berkait rapat dengan tingkah laku seseorang. Bagi wanita, 'Casual' hanya mengenakan Jeans dan dipadankan dengan Sandal serta aksesori yang ringkas. 'Smart' pula dikatakan dengan menggayakan Dress atau Skirt yang dipadankan bersama Top dan Jacket/ Outerwear. Jadi, apa yang boleh disimpulkan bahawa, 'Smart Casual' merupakan suatu gaya yang selesa tetapi tidak bermakna seseorang itu hanya mengenakan seluar dan baju yang polos beserta Sneakers misalnya, Bahkan, 'Smart Casual' ini lebih cenderung kepada gaya yang ringkas dan anggun.

Di sini, disertakan beberapa tips penggayaan 'Smart Casual':

  • Pertama, pilih seluar atau skirt yang sesuai. Hal ini bagi menyeimbangkan antara profesionalisme dan fesyen. Misalnya, Slacks dan skirt yang berwarna gelap atau warna cerah yang lebih fashionable.
  • Kedua, memadankan seluar atau skirt dengan Top yang sewajarnya. Blouse atau Top yang berkolar dan berbutang lebih menjadi pilihan dalam gaya 'Smart Casual'. Lebih-lebih lagi yang berwarna neutral atau pastel. 
  • Ketiga, memakai blazer atau cardigan. Pastikan ia fitted cut.
  • Keempat, pemakaian kasut yang sesuai seperti Heels dan Close Toed Pumps. Kasut yang Flat juga sesuai dipadankan tetapi elakkan memakai Plain Sandal.


Look smart but not overly formal

Thursday, April 21, 2016

Ejen Dropship




Ingin memulakan perniagaan, tapi tiada modal? 
Tidak perlu pos barang
Tidak perlu kos keluarkan gambar

Kami ada untuk membantu anda.
Anda hanya perlu pamerkan gambar dan promosikan barang kepada pelanggan.
Komisyen dari jualan akan didapati dengan segera.


Kami dari Padieka mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada Ejen Dropship kami.


Terma dan syarat-syaratnya:

  • Mempunyai IGshop dan pengikut (follower) 2000 ke atas atau laman Facebook yang aktif. Sekiranya tiada, kami akan mengenakan yuran sebanyak RM20 untuk seumur hidup.
  • Berminat untuk membantu diri sendiri bagi menjana pendapatan tambahan.
  • Mempunyai aplikasi telefon seperti Whatssap dan Telegram.
  • Terbuka kepada seluruh warga Malaysia. (Akan datang bagi negara Singapura dan Brunei).

Jika anda berminat dan memenuhi kriteria di atas, sila emel butir diri seperti nama penuh, alamat, emel, no. telefon, id instagram dan facebook ke padiekaraccolta@gmail.com. Hanya 50 orang Ejen Dropship yang akan dipilih.




Tuesday, April 19, 2016

Monday, January 25, 2016

"PRE-LOVED BAZAAR 30-31 JANUARY 2016 "

" I Like My Money Where I Can See It- hanging in my closet"

Assalamualaikum @padiekalista semua.. 
Mona harap sihat-sihat yer suma.. Cuaca panas je sekarang kan, so banyakkan minum air kosong okay! Baru badan sihat dan bertenaga untuk siapkan semua kerja yang big boss bagi kan.. hehe.

Haa korang .. Ada yang terlepas makumat mengenai preloved bazaar yang akan meletop kebaboom pada hujung minggu ni tak ???? Bertarikh 30 dan 31 Januari 2016 bersamaan hari Sabtu dan Ahad, dari jam 10 Pagi sehingga 6 Petang. Panjang masa tu, sila-sila hadirkan diri korang okay !!

Ehh.. lupa pulak pasal tempat, haha. Okay.. preloved bazaar kali ni bertempat di tempat biasa je u alls. Di perkarangan @padiekaraccolta cawangan kamunting. Alaa... korang akan nampak dari tepi jalan je bazar ny taw. Berdekatan Petron dan bersebelahan Public Bank. Mona ada je kat sana taw, jom la kita ketemu. hehehe. 

Macam biasa, preloved bazaar akan muncul dengan banyak booth yang didatangi dengan pelbagai pilihan barangan yang Mona pasti akan menggugat hati korang punya lah. 
Ada multi barangan seperti baju, blouse, kasut, bawal, selendang, aksesori wanita dan sebagainya. Harga ??? Perghhh .. Jangan cakap lah u alls. Semestinya harga yang diberikan adalah berpatutan dan ada barangan serendah RM1  taw !!!!!

Tidaaakkkkkkkkkkk ... Mona pun tak sabar nak tunggu Sabtu ni dan pilih barang yang cantik, lain dari yang lain dan semestinya murahhhh ok!!.. Hahaha. Biasa la kita orang perempuan, belanja2 jugak, tapi bab bajet harus pandai jugak taw. Ekonomi sekarang tinggi. Kena bijak berbelanja sekarang.

Ni preloved bazaar yang lepas.. haa.. ramai kan yang join. Best2. 


Okay korang .. Jangan lupa temu janji kita pada hari Sabtu dan Ahad ni taw !! Orang Penang, Ipoh, Kuala Kangsar dan sewaktu dengannya mai- mai singgah cuci mata naa. Pasti tak mengecewakan punya lah. Mona jamin 120%.. haha. Gurau2 aje.. jangan marah yer. Sebarang pertanyaan berkaitan preloved bazaar ni korang boley whatsup atau direct call 019-4442704/ 017-5724585.

Alang-alang korang nak datang preloved bazaar yang gempak ni, korang survey la siap-siap barangan @padiekaraccolta .. Masuk butik, ambil brang yang hendak dibeli, bayar dan terus boleh dipakai pergi shooping u alls. haha.

Follow our blog : http://padieka.blogspot.com/
Follow our instagram : http://instagram.com/padiekaraccolta
#padiekalista #padiekaraccolta #padiekataiping  #padiekakuantan
Like our Facebook page : https://www.facebook.com/padieka2u
Buy our clothing/shoes/accessories : http://www.padieka.com / whatsapp 012-5907922 / message on Facebook

Sehingga berjumpa lagi korang. Salam sayang dari Mona. Muahh. 
Bye. Salam :)


















Sunday, January 24, 2016

" ADORABLE WEDGES "

"Give A Girl  The Right Pair Of Shoes And She Can Conquer The World-Marylin Monroe"


Assalamualaikum dan selamat petang Mona ucapkan kepada semua #padiekalista semua !!

Korang .. pada petang Isnin yang indah ni, Mona nak kongsikan satu rahsia kepada korang .. Rahsia ni korang dialu-alukan sangat sebarkan kepada kawan-kawan yang lain taw! Sebelum tu, mona nak tanya korang, korang kalau keluar dating atau pergi ke pejabat lebih selesa kasut bertumit atau wedges ??? Atau kasut sarung sahaja??

Well girls .. sekarang fesyen kasut pun sangat dipandang berat oleh semua gadis di seluruh negara tidak kira peringkat umur taw. Mona tengok sekarang makcik-makcik pon dah berani pakai kasut yang tinggi-tinggi pergi kenduri taw. Kalah anak dara u all. Hahaha. 

Haaaa... Sebenarnya Mona nak cerita tentang fesyen wedges. Mona yakin 100% yang semua gadis di Malaysia sekarang tawu pasal wedges kan. Begitu juga Mona.

 Tetapi .............................. Sejujurnya, Mona tidak berapa yakin dan kagum sangat mengenai wedges pada mulanya. Nak tawu kenapa?? Mona rasa macam pelik je pakai kasut tebal-tebal ni. Rasa  macam ada benda berat je bawah kaki ni, hahaha. Then, jalan pun macam terhenjut-henjut sikit. Senang cerita, Mona tak yakin sangat lah bila pakai wedges ni.

Well.... Itu pada mulanya je taw !!.. Lepas Mona tengok ramai gadis kat luar sana berjalan dengan memakai kasut wedges ni.... Fuyoooooo.. Mona rasa cantik sangat lah. Like a princess la u all. Mona pun apa lagi, balik rumah terus sarungkan wedges dan belajar berjalan dengan penuh keyakinan.

Alahaiiiii.. practice make perfect right ??.. Sonang je haa nak jalan pakai wedges ni sebenarnya. Tapak kasut lagi stabil okay walaupun tinggi. Yang penting .. wedges tak ada tumit.
Yeaayyy !!!! .. jalan pon tak sakit kaki taw. Kesihatan pun terjamin. Sebab apa .. Tapak kaki la yang menampung badan kita kan ... So girls...... Please jangan sakitkan tapak kaki korang k.

Dan akhirnya.. Fesyen wedges menjadi pilihan  terbaik buat Mona. Bukan pilihan Mona saja okay.. Pilihan gadis di luar sana jugak. Okay.. Di bawah Mona kongsikan contoh wedges yang sangat hot di luar negara okay.

Photo credit to http://fashionismyonlydrug.blogspot.my/2012/01/adorable-wedges.html


Photo credit to http://fashionismyonlydrug.blogspot.my/2012/01/adorable-wedges.html


Oppsss .. Tak kan la nak beli wedges kena pergi sampai ke luar negara kan.. Tak perlu la sayang-sayang sekalian. Haaa.. di Padieka Raccolta .. ada lima pilihan wedges yang akan mencairkan hati dan mata korang .. Ouchhh.. Perkenalkan Hera, Bloom, Phoenix, Amor dan Havoc. Nama pon dah gempak dan vouge kan ... 


Woww.. berpinar mata nak pilih design yang mana satu kan .....
Haaa.. tunggu apa lagi u all .. mai-mai la singgah butik kami naa... Sentiasa menunggu kehadiran korang dengan hati terbuka serta senyuman yang tak putus-putus !! hehehe.
Datang sepantas kilat taw sebab wedges hebat-hebat  ni tersangat lah laris macam pisang goreng panas..  haaa gituuu ...

Kepada @padiekalista suma.. Korang boleh usha-usha facebok dan instagram kami okay !! Ada banyak lagi gambar yang akan menggegarkan jantung anda. Dup dap dup dap ... hahaha.

Alamakk.. Ada ramai customer pulak kat luar tu ... Mona pergi layan diorang dulu k. Korang jangan lupa singgah taw.. Mona tungggguuuuuuu ...................... :) 

Bye. Salam.