Monday, March 20, 2017

13 TEMPAT WAJIB PERGI BILA DATANG TAIPING





1) ZOO TAIPING

Kalau anda datang ke Taiping, tak sah kalau tak datang ke Zoo Taiping & Night Safari. Ianya merupakan tarikan utama pelancong ke bandaraya ini. Tarikannya? Pastilah kepelbagaian spesis binatang, dikatakan mempunyai 1300 ekor binatang dari 180 spesis.

Photo credit therakyatpost


2) TAMAN TASIK TAIPING

Tempat tarikan PALING WAJIB untuk sesiapa yang ke Taiping. Taman Tasik Taiping dibina di atas lombong bijih timah terbiar pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-bukusejarah.

Seringkali dijadikan sebagai latar belakang untuk "wedding photoshoot", filem dan drama-drama tempatan disebabkan keunikan pokok-pokok besar angsana membarisi tasik ini, dan dahannya memanjang dari jalan ke tasik. Dahan-dahan itu membentuk seolah-olah pintu gerbang di sepanjang jalan Taman Tasik ini.





3) BUKIT LARUT @ MAXWELL HILL

Bukit Larut yang juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan salah satu destinasi menarik sama ada untuk bercuti, ber”honeymoon” atau untuk aktiviti "hiking". Ada dua pilihan untuk sampai ke puncak bukit larut, sama ada mendaki atau menaiki JEEP yang boleh di sewa di kaunter pendaftaran.

Di puncak bukit, anda akan dapat melihat pemandangan yang sangat indah, dan cuaca yang sejuk seperti di Cameron Highland.


Photo credit simstravel.blogspot.my



4) MUZIUM PERAK

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium pertama dibina di Malaysia. Pada awalnya, bangunan ini dibina sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara pada zaman pemerintahan British. Apa yang menariknya tentang muzium ini ialah dari segi senibina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan senibina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah.

Photo credit tourismmalaysia blog



5) OLD HOUSE MUSEUM TAIPING

Ramai yang tidak tahu, Taiping sebenarnya mempunyai banyak muzium selain Muzium Taiping, dan salah satunya Old House Museum. Muzium ini sebenarnya kediaman milik Mr. Lim Zi You seorang ahli perniagaan yang dibina sekitar tahun 1880. Pada masa kini, kediaman ini telah diubah suai oleh ahli keluarganya menjadi muzium barangan antik.

Anda pasti terpesona bukan sahaja dengan koleksi-koleksi yang terdapat di dalam muzium ini, malah dengan struktur bangunan lot kedai tradisional yang masih dikekalkan.


  Photo credit bukitbrown.com



6) KILANG PEMBUATAN ARANG, KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang @ Port Weld, terkenal dengan menu Mi Udang yang banyak dan besar. TAPI, ada satu lagi tempat menarik disini, iaitu Kilang Pembuatan Arang. Pembuatan kayu arang di sini sangat terkenal kerana masih mengekalkan cara tradisional dalam pembakaran kayu bakau untuk dijadikan arang. Konsep kilang ini terbuka, sesiapa sahaja dibenarkan masuk. Sekiranya anda datang pada awal pagi, anda akan dapat melihat proses kayu-kayu bakau dihanyutkan melalui sungai ke kawasan kilang. 

Sering juga dijadikan lokasi penggambaran bagi pasangan pengantin baru untuk abadikan gambar perkahwinan mereka disini kerana nilai estetikanya bila di photokan.

Photo credit ceresgrace.blogspot



7) TUGU PERINGATAN PERANG 

Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2 Taiping, terletak di kaki Bukit Larut dan berhampiran Taman Tasik Taiping. Tapak ini merupakan kubur para tentera British semasa Perang Dunia Ke-2. Tapak ini terbahagi kepada dua kawasan, iaitu kawasan parajurit yang beragama Kristian dan bukan beragama Kristian. Sering juga dijadikan sebagai lokasi penggambaran kerana kecantikan landskap disekitar tapak ini.




Photo credit DTAIPING 





8) SPRITZER ECO PARK

Taman ini dibina berhadapan dengan kilang Spritzer di Air Kuning, Taiping. Ecopark ini menggabungkan idea keseronokan dan pendidikan. Resmi dibuka pada pengunjung pada 8 Julai 2015.








9) TRONG LEISURE FARM AND RESORT

Trong Leisure Farm & Resort adalah resort bertemakan itik yang pertama di Malaysia. Terdapat sebuah resort, kolam ikan, ladang itik dan restoran di sana. Untuk kanak-kanak, terdapat sudut hiburan untuk mereka iaitu Mesin Duck Ride dan Mesin Mainan. Yang paling menarik adalah aktiviti “Duck Pedal Boat” dengan harga RM6 bagi setiap 15 minit dan beri makan itik dengan harga RM2/100g.

Photo credit itourism.com




10) AIR TERJUN BUKIT JANA

Kawasan air terjun yang cantik, sejuk, dan paling penting selamat. Sesuai untuk beriadah bersama ahli keluarga disini.





11) SENTOSA VILLA


Sentosa Villa, Taiping resort berkonsepkan semulajadi berdekatan dengan kaki Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Senibina bilik disini  mengekalkan konsep-konsep rumah kayu. 



Sangat sesuai untuk melepaskan stress dari kesibukan kota. Jika anda ingin menginap di sini, buat tempahan dulu! Di sini, sentiasa penuh dengan pengunjung. 

Photo credit sentosavilla



12) ATV ADVENTURE PARK LARUT

Untuk pengemar aktiviti lasak, anda boleh berkunjung ATV Adventure Park Larut. Terletak di antara Zoo Taiping dan Bukit Larut. Apa yang menariknya di sini, sepanjang laluan ATV anda dapat melihat  kecantikan flora dan fauna hutan asli Taiping.




13) PADIEKA RACCOLTA, ISTANA LARUT BUSINESS PARK, TAIPING

Untuk yang kaki shopping, anda boleh la datang ke sini, Butik PADIEKA RACCOLTA. Butik muslimah lebih 4 tahun bertapak di Taiping. Menawarkan pilihan fashion terkini seperti baju kurung, blouse, seluar, skirt dan paling terbaru!! Koleksi nursing. Sesuai untuk para ibu yang menyusukan anak. Kalau anda tak dapat datang kesini, anda juga boleh membeli secara online.


Apa yang menarik di butik ini? Decoration butik berkonsepkan minimalist, menaikkan lagi mood untuk membeli belah di sini. Anda tidak perlu risau sekiranya datang kesini bersama ahli keluarga, kerana persekitaran butik yang selamat dan menenangkan. Lokasi butik strategik. Ianya berada di tengah-tengah antara bandar Taiping dan bandar Kamunting. Jika anda berminat nak datang ke sini, anda boleh mengunakan aplikasi waze dengan carian "Padieka Raccola" atau taip sahaja alamat yang diberikan di bawah ini;

PADIEKA RACCOLTA
NO 17, TINGKAT 1 & 2,
SUSUR ILBP 1,
ISTANA LARUT BUSINESS PARK,
34000 TAIPING, PERAK
Contact Phone: 05-8052102 / 017-5724585

www.padieka.com




No comments: