Wednesday, June 08, 2016

Kekal Cantik Berseri Sepanjang Ramadan



Ramadan Kareem
Selamat Datang Ramadan



Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan Ramadan pada tahun ini. Kedatangan bulan Ramadan yang dinanti-nanti sebagai titik tolak untuk kita mengambil peluang beribadah dan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. 

Di bulan yang mulia ini kita perlulah kekal cergas dan produktif. Malah untuk tampil cantik berseri sepanjang bulan Ramadan ada beberapa tips serta langkah yang boleh diikuti ;

1) Minum air secukupnya. Pengambilan air masak pada waktu sahur dan berbuka sangat penting bagi menggelakkan tubuh badan kekurangan air sepanjang berpuasa.

2) Jangan tinggalkan waktu sahur. Sekurang-kurangnya bersahur dengan kurma berserta air putih misalnya yang dapat mengekalkan tenaga pada tubuh badan.

3) Pengambilan makanan yang baik dan gizi yang seimbang. Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi. 

4) Pemakaian pelembab bibir dan muka supaya tidak nampak lesu dan tidak bermaya.

5) Pada bulan Ramadan, tidak bermakna kita tidak boleh berfesyen. Warna-warna pastel dan lembut sering menjadi pilihan gaya untuk terus tampil manis dan berseri. Di Padieka Raccolta, terdapat pelbagai pilihan busana jubah yang sesuai digayakan sepanjang Ramadan ini. Antaranya:


Malika Jubah

Fazra Jubah

Zahra Jubah

http://www.padieka.com/clothing/dresses


Raikan Ramadan bersama Padieka!


No comments: