Tuesday, April 26, 2016

Smart Casual




Untuk bulan ini, Padieka Raccolta
akan melancarkan produk baru kami yang bertemakan 'Smart Casual'. 
Sesuai untuk digayakan pada hari-hari biasa atau ke pejabat.
Terdapat pelbagai pilihan dan variasi warna. 

"Elegant, Classy, Chic  - which ever suits  your mood on the day!"

Hale Cardigan
Tasma Cardigan
Topaz Blazer
Onyx Skinny Pants
Kismet Skinny Pants

www.padieka.com




Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Smart Casual'? Ia merupakan kombinasi antara 'Casual', 'Business Dress Code'. 'Casual' adalah perkara yang subjektif dan sangat berkait rapat dengan tingkah laku seseorang. Bagi wanita, 'Casual' hanya mengenakan Jeans dan dipadankan dengan Sandal serta aksesori yang ringkas. 'Smart' pula dikatakan dengan menggayakan Dress atau Skirt yang dipadankan bersama Top dan Jacket/ Outerwear. Jadi, apa yang boleh disimpulkan bahawa, 'Smart Casual' merupakan suatu gaya yang selesa tetapi tidak bermakna seseorang itu hanya mengenakan seluar dan baju yang polos beserta Sneakers misalnya, Bahkan, 'Smart Casual' ini lebih cenderung kepada gaya yang ringkas dan anggun.

Di sini, disertakan beberapa tips penggayaan 'Smart Casual':

  • Pertama, pilih seluar atau skirt yang sesuai. Hal ini bagi menyeimbangkan antara profesionalisme dan fesyen. Misalnya, Slacks dan skirt yang berwarna gelap atau warna cerah yang lebih fashionable.
  • Kedua, memadankan seluar atau skirt dengan Top yang sewajarnya. Blouse atau Top yang berkolar dan berbutang lebih menjadi pilihan dalam gaya 'Smart Casual'. Lebih-lebih lagi yang berwarna neutral atau pastel. 
  • Ketiga, memakai blazer atau cardigan. Pastikan ia fitted cut.
  • Keempat, pemakaian kasut yang sesuai seperti Heels dan Close Toed Pumps. Kasut yang Flat juga sesuai dipadankan tetapi elakkan memakai Plain Sandal.


Look smart but not overly formal

No comments: