Wednesday, August 30, 2017

4 TEKNIK PENYUSUAN YANG IBU MUDA PERLU TAHU



Ramai ibu disana tidak tahu sebenarnya ada beberapa teknik menyusukan anak secara betul, terutamanya ibu muda. Mereka pasti kekok kerana 'first time' memegang dan menyusukan bayi.

Perkara asas yang ibu perlu tahu dan perlu diutamakan ialah:

1. Duduk dalam keadaan selesa.
2. Bantal untuk menyokong bahagian belakang dan tangan ibu.
3. Kaki juga disokong kedudukannya
4. Sokong payudara anda dengan tangan berbentuk C atau U

Setelah itu, baru lah anda boleh menyusukan bayi anda dngan menggunakan 4 posisi ini;



1. MENDUKUNG (CRADLE)

Rasanya, kebanyakan ibu sudah tahu posisi ini kerana ianya posisi yang paling popular di kalangan ibu. Tetapi, posisi ini tidak sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, masalah puting rata/ tenggelam.

TAKE NOTED! posisi ini tidak sesuai untuk bayi kuning atau tidak cukup bulan kerana bayi yang ini suka tidur. Jika posisi mendukung digunakan, bayi jenis ini akan lebih selesa untuk tidur dan kurang menyusu.





2. MENDUKUNG BERSILANG ( CROSS CRADLE )


Posisi ini pula adalah mendukung bersilang, yang mana ianya posisi yang sangat sesuai untuk ibu yang 
  • payudaranya besar
  • mengalami masalah puting rata/tenggelam
  • bayi bermulut kecil
  • ibu yang bersalin secara pembedahan
Ini kerana, posisi ini menggunakan sepenuhnya kedua belah tangan anda. Ianya posisi yang sangat senang buat ibu yang mahu mula belajar menyusu.

Tangan pertama akan mengampu payudara. Manakala, tangan kedua akan menyokong bahu dan punggung bayi.

Jadi, anda boleh merangsang bayi untuk membuka mulut dengan luas, dengan main-mainkan puting di mulut bayi. Bila mulut terbuka luas barulah anda boleh masukkan puting ke dalam mulut bayi.





3. MENDAKAP (FOOTBALL)


Posisi ini juga mudah, kerana biasanya kurang lenguh, dan ia juga sangat sesuai untuk semua ibu menyusu.
  • masalah flat/inverted nipple
  • mulut bayi kecil
  • payudaranya besar
  • bersalin secara pembedahan

Posisi ini juga sesuai untuk bayi yang suka tidur kerana kuning, dan bayi yang tidak cukup bulan, anda boleh susukan bayi dengan posisi ini dalam keaadaan duduk, dan juga buat ibu bayi kembar, boleh menyusu serentak.



4. BERBARING ( SIDE LYING)

Inilah posisi favorite ibu-ibu, posisi menyusu yang paling best sekali! Sebabnya, sambil menyusu tu boleh sama-sama tidur dengan anak! hehe..

Ia juga posisi yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.
Tetapi, berhati-hati ye. Kalau bayi masih kecil, sebolehnya elakkan dulu kerana risau tertidur ketika menyusu dan bayi tertutup hidung kan bahaya..

Anda boleh mula praktiskan posisi ini ketika bayi sudah pandai meniarap/berpusing. Biasanya pada usia bayi 3 bulan bayi sudah pandai “adjust” keselesaan diri dia sendiri ketika menyusu.

Jika anda risau bayi anda tertutup hidung ketika menyusu, anda hanya perlu “tinggi”kan sedikit posisi bayi terutama punggungnya, supaya bayi kedudukannya lurus dan selari, barulah susu akan lancar mengalir dan hidung bayi tidak tertutup.

Okey, selamat mencuba posisi-posisi ini ye. Sentiasa “try and adjust” sehinggalah anda berjaya menemui satu posisi yang anda dan bayi anda selesa ye.
Awal-awal saja susah sikit untuk “bertemu” posisi yang selesa. Nanti lama-lama bila bayi sudah besar, sudah hampir setahun. Waktu itu posisi ini hanya tinggal kenangan, sebab anak ketika itu selesa dengan gaya menyusu “freestyle”. Macam-macam gaya ada nanti. hehe..

Ini saya kongsikan video untuk lebih pemahaman.




MALU?
NAK MENYUSUKAN BAYI DI PUBLIC

TAKUT?
NANTI KENA KECAM

HANYA 1 KLIK, ANDA MAMPU BUANG SEMUA PERASAAN INI



(KLIK SINI)
http://www.padieka.com/nursing



Credit: nuhababy.com 
Credit Photo: THE HONEST BLOG
Credit video: MyHEALTH : Teknik Penyusuan Susu Ibu

Thursday, August 10, 2017

Nursing wear? What's ur favorite

Kalau dilihat sekarang, banyak dah fesyen baju untuk ibu-ibu menyusu. Mungkin kesedaran mengenai breastfeed dan nursing wear baru nak start di Malaysia. Untuk pengetahuan semua.. sebenarnya ada banyak jenis bukaan tau untuk baju menyusu ni. Cuma di Malaysia jenis selak yang paling trending



Photo credit: Breastfeeding Essentials



Hah! bnyak kan.. Macam-macam jenis selak pulak tu..haha



Bagi yang dah lama ikuti fesyen Padieka Raccolta pasti dah tahu kebnyakan koleksi kami BF Friendly. Tapi sekarang kami nak ketengahkan Nursing Wear pulak.


Apa beza antara BF Friendly dengan Nursing Wear?


Okay, perbezaan yang paling ketara, BF Friendly ialah baju biasa yang ditambah dengan bukaan untuk menyusu, selalunya berzip atau butang.
Nursing Wear pulak memang direka exclusive untuk ibu-ibu menyusu dengan perincian bukaan khas dan dilengkapi inner cover di bahagian dada supaya tak terdedah aurat anda.
AURAT TERPELIHARA, ANAK TERJAGA, gitueww..hehe


Di Padieka Raccolta kami sngt menitik beratkan rekaan baju nursing yg berfungsi dan selesa. Di bawah ini adalah antara design kami; dan jika anda perasan semua nursing access kami diberi nama Di-Raja sebab kami percaya anak anda layak diberi layanan seperti RAJA ketika breastfeed..hehe


Royal Feed Access


Bukaan jenis selak dan di bahagian dalamnya ada bukaan menegak kecil, sesuai untuk access mulut si bayi dan pump breast. Jenis bukaan ini merupakan BEST SELLER kami. Sebab ianya lebih cepat dan mudah untuk mnyusukan anak.


Empire Feed Access

Bukaan jenis zip di bahagian tengah, di bahagian innernya selak je ke atas. Tak perlu risau ternampak aurat anda. Jenis bukaan ni selalunya menjadi pilihan ibu-ibu yang lebih suka fesyen yang tak nampak sngat macam baju menyusu.


Majestic Feed Access



Bukaan jenis berzip di bahagian kiri dan kanan dada, innernya pulak di tarik ke bawah. Lebih mudah dan cepat.


Okay, ada yang jatuh hati tak?? hehe. Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut mengenai design yang kami ad boleh klik di sini. Anda boleh jugak share jenis-jenis baju nursing macam mana yang anda suka dan kenapa? Boleh share di bawah ya. "sharing is caring" ..hehe