Thursday, June 09, 2016

Inspirasi Fesyen Ramadan dari Seberang

Kita perempuan yang kreatif, produktif dan mencintai keluarga tanpa batas
Dhatu Rembulan


Adaptasi gaya fesyen dari tanah seberang iaitu Indonesia menonjolkan sisi yang anggun dan sopan kepada si pemakai. Entry kali ini, Padieka mahu kongsikan dengan pembaca mengenai fesyen atau trend muslimah di Indonesia yang moden dan ringkas. Pemilihan warna yang polos serta minimalis sering menjadi pilihan mereka di tanah seberang. Ternyata gaya tersebut memberi nafas baru kepada fesyen muslimah masa kini yang tidak hanya terikat kepada jubah mahupun dress tetapi sederhana malah menutup aurat. 

Di sini, Padieka mengambil inspirasi beberapa stail atau gaya jalanan daripada penulis-penulis blog fesyen di Indonesia. Ia sesuai bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang segar dan membentuk kelainan dalam gaya seharian sepanjang bulan Ramadan ini. 


Dian Pelangi
Ria Miranda

Rani Hatta
Dwi Handayani Syah Putri
Dhatu Rembulan


Selamat berhujung minggu !

Wednesday, June 08, 2016

Kekal Cantik Berseri Sepanjang Ramadan



Ramadan Kareem
Selamat Datang Ramadan



Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan Ramadan pada tahun ini. Kedatangan bulan Ramadan yang dinanti-nanti sebagai titik tolak untuk kita mengambil peluang beribadah dan mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. 

Di bulan yang mulia ini kita perlulah kekal cergas dan produktif. Malah untuk tampil cantik berseri sepanjang bulan Ramadan ada beberapa tips serta langkah yang boleh diikuti ;

1) Minum air secukupnya. Pengambilan air masak pada waktu sahur dan berbuka sangat penting bagi menggelakkan tubuh badan kekurangan air sepanjang berpuasa.

2) Jangan tinggalkan waktu sahur. Sekurang-kurangnya bersahur dengan kurma berserta air putih misalnya yang dapat mengekalkan tenaga pada tubuh badan.

3) Pengambilan makanan yang baik dan gizi yang seimbang. Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi. 

4) Pemakaian pelembab bibir dan muka supaya tidak nampak lesu dan tidak bermaya.

5) Pada bulan Ramadan, tidak bermakna kita tidak boleh berfesyen. Warna-warna pastel dan lembut sering menjadi pilihan gaya untuk terus tampil manis dan berseri. Di Padieka Raccolta, terdapat pelbagai pilihan busana jubah yang sesuai digayakan sepanjang Ramadan ini. Antaranya:


Malika Jubah

Fazra Jubah

Zahra Jubah

http://www.padieka.com/clothing/dresses


Raikan Ramadan bersama Padieka!