Assalamualaikum
Arinie sy lariii topic sikit...citer psl makanan plk...
Perasan tak makanan yang jadi trend skrg nie?
First makanan yg trending, kalau tak salah sy ialah Mangga Asam Boi. Masa tengah trend tu, bersepah-sepah orang post gambar Mangga Asam Boi dkt media sosial (fb/ig/twitter). Cara buat yang sangat mudah tapi sedap. Sy pun dah try buat. Bkn beli ok!!! ^_^
Sebenarnya makanan yang jadi trend nie biasa je tapi disebabkan cara "present" makanan tu yang menarik dan tentunya lain daripada lain akan membuatkan orang lain rasa nak try. Betul x?
Sy ambik 1 contoh makanan yang jadi trend sekarang nie....AISKRIM PASU!!! Uniknyanya aiskrim pasu disebabkan aiskrim itu diletakkan di dalam pasu dan kreativiti dekorasinya yang menarik. Sy dah pun try aiskrim pasu nie. Sebenarnya askrim itu diletakkan dalam bekas plastik atau polisterin terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam pasu. Taburan hitam yang sekali pandang macam tanah tu ialah oreo yang dihancurkan manakala hiasan pokok tu pulak ialah daun pudina. Hiasan tambahan lain yang diletakkan ialah conflakes, marshmallow, jelly, biscuit finger. Simple je kan? Blh la try buat. Jangan malas2 ok...hehe
Selepas aiskrim pasu jadi trend, bermacam-macam pulak jenis aiskrim yang keluar. Nak tau ape die?
Jom kita tengok!!!
Credit to: Pak cik Google...tq ^_^
1. Aiskrim Pasu
2. Aiskrim Lesung Batu
3. Aiskrim Congkak
4. Aiskrim Tempurung Kelapa
5. Aiskrim Tongkat
6. Aiskrim Goyang
Kalau korang tahu aiskrim lain macam aiskrim kasut ke...bolehla share pic ye...hehe...
Walaupun tengah trend, kena pastikan kebersihan dulu ye sebelum makan!
Ok, sampai sini saje, kite mengarut lagi untuk next post pulak... ^_^
Btw, jangan lupa datang Padieka Raccolta tau.
Kiteorang tak de jual aiskrim nie, tapi butik kami selain menjual muslimah attire, kami juga ada mini cafe.
Antara makanan yang dijual di #padiekaminicafe ialah almond brownies, vanilla caramel cheesecake, choco buble oreo jar, choc moist cake dan banyak lagi makanan best2...dtgla beli at Padieka Raccolta Taiping...
Thanks for reading this entry!
Miss NH ^_^