Menyusukan anak @ breastfeed sangat
besar manfaatnya pada ibu dan bayi. Namun, para ibu jangan sesekali ambil mudah 5
perkara ini, anak anda yang akan menerima kesannya.
1) MALAS study mengenai breastfeeding.
Jangan sekali-sekali ambil mudah & anggap susu
secara semulajadinya akan ada lepas bersalin. Kebanyakan ibu diluar sana bila
lahirkan anak mesti berfikiran seperti ni ;
“Susu memang semulajadi ada banyak”
“Bila jadi ibu, pandai sendiri lah nak bg anak menyusu"
1st time dapat baby, apa yang ibu-ibu selalu bayangkan yang
seronok-seronok je, baby wangi-wangi je, baby senyum-ketawa mengekek bila kena
agah. Bila dah hadap, ha baru terasa stress lepas bersalin ke apa.
Jadi,
perancangan awal ibu-ibu, adalah study, study, study. Jangan MALAS!!! Ini
kebaikan untuk anda dan baby. Zaman sekarang ni, pelbagai access kita boleh
dapat untuk belajar. Galilah segala mak nenek pasal breasfeeding ni. Forum,
blog, flyers, magazine, surat khabar semua yang ada cerita pasal menyusu. Kalau ad yang nak beguru, boleh ja join fb pages group, atau ahli keluarga yang dah berpengalaman. Kan mudah..!!
2) TIADA sokongan dari family.
Semua benda dalam hidup ni, bila kita dapat
sokongan mesti kita akan lebih bersemangatkan. Sama la jugak untuk ibu-ibu yang
lepas bersalin. Mereka TERSANGAT memerlukan sokongan, terutamanya dari family,
dan orang yang paling dekat tak lain tak bukan si suami la. Masa ini la suami
kena beri perhatian kepada isteri 200%.
Sokongan perlu bermula dari awal kehamilan. Ikuti
si isteri ke kelas bersalin and breastfeeding. Kalau taknak ikut pon, si isteri
sila briefing to hubby anda ya. Kalau xnak dengar piat ja tinga hubby...heeee
Kenapa penting?
Tersangat
penting okay!!! Selain dari menjadi moral supporter, si suami juga patut bertindak sebagai
Personnal Assistant (PA) si ibu semasa breastfeeding. Mereka akan lebih alert
mengenai nutrisi yang perlu untuk si Ibu sepanjang tempoh breastfeeding. Selain
itu, si suami perlu bertolak ansur tentang kerja rumah, sama2 membantu.
Almaklumlah, proses menyusukan baby bukan mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang
bekerja di luar. Jadi dengan adanya bantuan si suami, si isteri akan terasa lebih dihargai.
3) DIET untuk cepat kurus
Ini NORMAL!! Lepas saja bersalin, ramai
wanita-wanita dah fikirkan cara-cara nak langsingkan badan. Takut suami lari
katanya heee.. Tapi ada yang ambil langkah diet secara berlapar. Ini SALAH!!
Nutrisi dalam susu ibu datang dari pemakan ibu. Jadi bagaimana susu hendak terhasil jika si
Ibu tidak makan?!
Selain itu, ada juga ibu-ibu berdiet dengan
mengambil supplement. Tidak salah mengambil supplement, tetapi janganlah menggantikan diet pemakanan harian dengan mengambil suplement semata-mata. Pastinya akan mengurangkan zat asli dalam badan si Ibu dan secara
langsung memberi kesan kepada penghasilan susu ibu pada masa akan datang.
Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam
badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar.
Sebenarnya, cara berdiet paling berkesan adalah
dengan breastfeed baby kita. Faktanya, ibu yang menyusu membakar purata 500
kalori sehari.
4) KOPI untuk tenaga.
Ibu-ibu penggemar kopi tak kiralah kononnya
rendah kafien atau tidak. Ketahuilah bahawa inilah punca anda cepat letih dan
senang sakit. Kerana vitamin B dan C yang sedia ada dalam tubuh musnah akibat
kafien tadi.
Sesetengah pihak mengatakan kopi sangat bagus untuk
tenaga, tetapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer
untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko
untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh mengganggu emosi apabila badan
kita terlalu kurang vitamin B.
Bagi
ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan menggalakan mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.
Jadi, Ibu-ibu yang addicted to coffee tu mungkin dah boleh kurangkan minum. Jangan bersedih, ini untuk kebaikan baby anda juga.
5) MELECET bahagian puting perkara biasa
Ramai yang fikir melecet atau rasa pedih pada
bahagian puting semasa menyusukan adalah salah satu experience buat ibu-ibu yang menyusu. Sebenarnya
tanggapan ini SALAH sama sekali. Sebenarnya, rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi
beberapa hari yang pertama adalah normal, tetapi jika sakit yang teruk atau
berpanjangan itu sebenarnya tidak normal.
Ada
beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan
besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi
anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Masalah ini kalau berterusan dikhuatiri anak anda akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori yang diperolehi pada akhir penyusuan. Sebab itu la, kami amat tekankan studyyyy!!! Cara nak bagi bayi minum 'shushu' pon ada cara tau. Nak tau caranya? Baca di sini